Wataniah Ex-Students Society
Selamat Datang ke Forum WES


Home | Forum | Arcade

Wataniah Ex-Students Society Forum IndexTazkirahSITI HAJAR Wanita Biasa Yang Luar Biasa
The time now is Fri Aug 29, 2008 3:17 pm

Reply to topic View previous topic View next topic
Author
khAINIza
Batch SPM 2002


Joined: 31 Mar 2007
Posts: 217
Location: usm
Tue Dec 04, 2007 6:51 pm
Message
SITI HAJAR Wanita Biasa Yang Luar Biasa Reply with quote
Siti Hajar asalnya hamba yang dihadiahkan oleh Raja Mesir. Tapi, setelah lama Nabi Ibrahim mengahwini Siti Sarah, namun belum juga dikurniakan cahaya mata. Jadi, Siti Sarah menyuruh Nabi Ibrahim berkahwin dengan hambanya mudah-mudahan Allah mengurniakan zuriat. Tapi apabila Siti Hajar mengandung, timbul rasa cemburu di hati Siti Sarah sehinggalah lahirnya Nabi Ismail a.s. Allah mengilhamkan Nabi Ibrahim membawa Siti Hajar pergi jauh. Siti Hajar rela demi kebahagia madunya yang berjasa.

Siti Hajar dibawa jauh dan ditinggalkan di lembah Bakkah yang kering kontang bersama bayinya, namun dia tidak sedikit pun merungut. Dia yakin Allah tidak akan persia-siakan pengorbanannya. Ketika bekalan air dan makanan habis, diusahakan mencari air untuk bayinya Ismail. Dia berlari-lari anak berulang alik ke Safa dan Marwa apabila melihat air. Tapi ternyata tiada air ditempat itu. Sehinggalah tujuh kali berulang alik, dia kehabisan tenaga. Sehinggalah dengan izin Allah, dia menemui sumber air yang kini dikenali sebangai telaga zamzam. Ia suatu peristiwa yang sangat besar sehingga dimaktub sebagai salah satu rukun haji dan umrah iaitu berulang alik dari Safa ke Marwa.

Mengapa dia dikatakan wanita biasa yang luar biasa? Dia biasa kerana dia wanita yang berkulit agak gelap, tidak secantik madunya, menjaga seorang anak bernama Ismail. Ya, biasa saja pada lahirnya. Dia luar biasa pada hatinya, hatinya hati emas. Siti Hajar diuji dari pelbagai dimensi. Emosinya diuji dengan hidup bermadu. Fizikalnya diuji ketika ditinggalkan di padang pasir. Akalnya diuji dengan ikhtiar hidup tanpa bekalan. Jiwanya diuji dengan tawakal, sabar dan sangka baik kepada Allah dan suami.

Dialah teladan para isteri masa kini. Kuatkan pergantungan hati kepada Allah. yakinlah, pasti ada selaut kemanisan yang tersembunyi disebalik seguris kepahitan takdirNya. Itulah punca dan sumber kekuatan diri yang utama. InsyaAllah.


Sumber dan diolah dari : ANIS, Disember 2007
View user's profileSend private messageVisit poster's websiteYahoo MessengerFind all posts by %s

Reply to topic Page 1 of 1

Wataniah Ex-Students Society Forum IndexTazkirahSITI HAJAR Wanita Biasa Yang Luar Biasa
The time now is Fri Aug 29, 2008 3:17 pm
All times are GMT + 8 Hours
Jump to:  
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum


Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group - Glassē Created by DoubleJ(Jan Jaap)


Free Forum Free Top Site List
Make this Forum Ad-Free




57538