Wataniah Ex-Students Society Forum Index Wataniah Ex-Students Society
Selamat Datang ke Forum WES
 

Celcom lancar internet BlackBerry

 
       Wataniah Ex-Students Society Forum Index -> Handphone
Author Message
khAINIza



Tue Aug 07, 2007 12:48 pm   Celcom lancar internet BlackBerry  

Oleh Azli Ayob


RASA BANGGA: Shazali dan Zalman Aefendy (kiri)
menunjukkan telefon BlackBerry yang menggunakan sistem
internet untuk kegunaan peribadi.

Tumpuan kepada pengguna sibuk, banyak tugasan luar dan tambah pendapatan

CELCOM (Malaysia) Bhd melancarkan Perkhidmatan Internet BlackBerry khusus bagi segmen pasaran pengguna untuk memberi saingan kepada pesaingnya dalam perkhidmatan data mudah alih.

Ketua Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly, berkata pelancaran perkhidmatan terbaru itu bertujuan meningkatkan pendapatan syarikat daripada perkhidmatan data mudah alih yang menunjukkan peningkatan setiap tahun.

Beliau berkata, dalam separuh pertama tahun ini saja, pendapatan daripada perkhidmatan data mudah alih meningkat 20 peratus berbanding 17 peratus bagi tempoh sama tahun lalu.

“Pelancaran perkhidmatan terbaru ini yang disasarkan kepada pengguna sentiasa sibuk dan banyak melakukan tugasan luar dapat meningkatkan sumbangan daripada perkhidmatan data mudah alih kepada pendapatan syarikat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Perkhidmatan Internet BlackBerry Celcom, di Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir, Naib Presiden Kanan (Pemasaran) Celcom, Zalman Aefendy dan Pengurus Kanan (Pengurusan Produk) Celcom, Jeffrey Ooi.

Shazalli berkata, perkhidmatan itu membolehkan pengguna mendapatkan perkhidmatan emel Yahoo! Mail dan Gmail melalui telefon bimbit BlackBerry dengan pakej langganan bulanan serendah RM38 bagi pakej asas dan RM98 bagi pakej termaju.

“Pengguna juga boleh mendapatkan perkhidmatan mesej segera seperti Yahoo! Messenger, Google Talk dan BlackBerry Messenger,” katanya.

Shazalli berkata, Perkhidmatan Internet BlackBerry boleh didapati di 18 cawangan Celcom dan lima kedai Blue Cube di seluruh negara.

“Celcom juga akan memasarkan perkhidmatan ini menerusi kira-kira 600 kedai telefon bimbit di seluruh negara mulai bulan depan bagi mencapai khalayak pengguna dengan lebih meluas,” katanya.

Sejajar pelancaran perkhidmatan terbarunya itu, Celcom turut memasarkan telefon pintar BlackBerry model 8707v berkeupayaan 3G pada harga RM2,299 seunit dan BlackBerry Pearl pada harga bermula daripada RM1,799 seunit.

BlackBerry Pearl didatangkan dalam warna hitam piano, putih mutiara dan merah gelap.

Celcom kini mempunyai 6.4 juta pelanggan dan lebih daripada 330,000 pelanggan 3G.

Ia mempunyai liputan telekomunikasi mudah alih terbesar di Malaysia meliputi 97 peratus daripada kawasan berpenduduk di negara ini.


Sumber : Berita Harian, 7 Ogos 2007
 
 
       Wataniah Ex-Students Society Forum Index -> Handphone
Page 1 of 1


This page is a free forum hosting archive page from a ForumWise free forum.
Powered by phpBB ©