Wataniah Ex-Students Society Forum Index Wataniah Ex-Students Society
Selamat Datang ke Forum WES
 

Karnival Kerjaya Kebangsaan 2007

 
       Wataniah Ex-Students Society Forum Index -> Info WES
Author Message
Webmaster



Thu Jul 19, 2007 10:59 am   Karnival Kerjaya Kebangsaan 2007  



KARNIVAL KERJAYA KEBANGSAAN 2007

Karnival Kerjaya Kebangsaan 2007 akan berlangsung dari 26 -29 Julai 2007 di Dewan Besar, Universiti Putra Malaysia. Majlis akan dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada 27 Julai 2007 jam 8.30 pagi.

Pelbagai program telah diatur sepanjang karnival seperti pameran kerjaya dan pendidikan, ceramah, seminar kerjaya, keusahawanan, persediaan temuduga dan peluang melanjutkan pelajaran. Selain itu, sesi temuduga terbuka sebenar oleh majikan-majikan yang berpotensi juga akan diadakan.

Karnival Kerjaya Kebangsaan 2007 merupakan satu inisiatif dalam usaha membuka ruang pendedahan maklumat-maklumat kerjaya dan pendidikan lanjutan terutama kepada para graduan dan bakal graduan. Ia juga merupakan program berpusat melibatkan pelbagai sektor dan mensasarkan pelbagai kumpulan sasaran dalam menangani isu marketability dan employability serta isu pembangunan kerjaya.

Dalam usaha meningkatkan modal insan sejajar dengan saranan YAB Dato' Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia, Karnival Kerjaya Kebangsaan 2007 merupakan satu saluran yang amat penting bagi mengintegrasikan kerjasama antara agensi Kerajaan dengan pelbagai sektor industri/swasta/NGO dalam melaksanakan satu program bersepadu melibatkan pelbagai kumpulan sasaran.

Karnival ini juga dijangkakan dapat memberi impak yang cukup besar kepada para pelajar IPTA mahupun IPTS terutamanya para graduan dan bakal graduan dalam usaha membantu meraka mendapatkan maklumat lengkap berhubung dengan perkembangan kerjaya mereka. Setelah perlaksanaan Karnival Kerjaya Kebangsaan 2007 ini, pencapaian disasarkan sekurang-kurangnya lebih 100,000 orang pelajar atau graduan seluruh negara akan mendapat pendedahan atau pengalaman berkaitan kerjaya sepanjang karnival berlangsung.

Objektif Karnival Kerjaya Kebangsaan 2007:

* Memberi peluang kepada pelajar/graduan untuk bersemuka dan berinteraksi dengan syarikat/agensi luar
* Memberi pendedahan dan latihan intensif kepada pelajar/graduan dalam menyediakan resume yang berkualiti
* Memberi pendedahan dan maklumat berkualiti berkenaan tatacara menghadiri temuduga kepada pelajar/graduan
* Memberi ruang maklumat utnuk melanjutkan pelajaran.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.kerjaya07.upm.my/
 
khAINIza



Sat Jul 21, 2007 5:14 pm    

Nak kerja...nak kerja...tengok la nak pergi ke tak...menarik jugak!
 
meezwan



Mon Jul 23, 2007 10:13 am    

Pergi je..bawak resume banyak2..pastu letak je mana2 company..ada rezeki dia panggil.
 
syahman



Tue Jul 24, 2007 10:00 am    

bestnye sume dah kerja..sy ada 3 tahun lg..huhu...
 
presiden



Thu Jul 26, 2007 1:19 pm    

kak ngah takpe walau ada 3 thn lg.

belum lg grad dah ada orang offer. xmcm ktorang. kena compete sesama sendiri untuk dapat kerja.
 
meezwan



Thu Jul 26, 2007 8:32 pm    

syahman kat mana skang?amik apa ek?
 
syahman



Fri Jul 27, 2007 8:20 am    

sy kat unikl_rcmp..(university kualalumpur royal college of medicine..amik medic..dulu sepatutnya dapat biomed kat upm sama ngn khainiza.tp sy tak pi...ms tu,dapat gak tawaran masuk cni,buat istikharah,macam rezeki sy kat cni.wlu byk rintangannya..tp,dah kat cni kna truskan jg..doa2kanlah sy dpt jd pakar O&g satu hari nanti.. :D
 
meezwan



Sat Jul 28, 2007 1:33 pm    

oo patutla lama..5 tahun ke belajar? InsyaAllah sama2 kita doakan..
 
 
       Wataniah Ex-Students Society Forum Index -> Info WES
Page 1 of 1


This page is a free forum hosting archive page from a ForumWise free forum.
Powered by phpBB ©