 |
Wataniah Ex-Students Society Selamat Datang ke Forum WES
|
|
| Author |
Message |
syahman
|
| Wed Jul 04, 2007 11:20 am kesalahan dalm solat |
|
|
Kesalahan yang biasa dilakukan ketika melaksanakan solat
oleh:YaWauSin aljohori
“Min kenapa kau ikat rambut kau tu?”Tanya Zai ketika bersiap-siap untuk menunaikan solat jumaat sebentar nantii.Zai sudah lama memerhatikan tindak tanduk Min yang setiap kali mahu menunaikan solat dia akan mengikat rambutnya kebelakang.“Oo. .aku ikat rambut ini sebab takut nanti dahi aku tak cecah tempat sujud time sujud nanti” jawab Min pada Zai.
“Tapi kan Min aku ada baca kat buku Sifat solat Nabi dan kitab Nailul Authar ,kat buku tu ada satu hadis yang tak silap aku Nabi melarang kita menyelak rambut ketika sujud. Macam ni la kau tunggu sini jap,aku pergi ambik kitab tu,kau boleh baca sendiri sebab aku pun tak pasti betul ke tak pa yang aku beritahu kau tadi.”jujur Zai.
Sementara menunggu Zai balik ke biliknya dan membawa kitab tersebut Min membuka kembali ikatan rambutnya. “Erm baik aku buka dulu,kot-kot betul ke apa yang Zai cakap” Min tak sedap hati.
“Min ni ha kitabnya,nah! Ko baca sendiri la eyh”Zai menghulurkan kitab Sifat solat nabi oleh Syeikh Nasirudin al-bani dan kitab Nailul Authar oleh Imam Syaukani.
Sejurus mendapat kitab-kitab tersebut Min terus membacanya “Aku diperintahkan untuk bersujud dengan tujuh anggota badan ,iaitu kening sekaligus hidung,dua tapak tangan dua lutut,jari-jari kedua kaki,dan kami tidak boleh menyelak lengan baju dan rambut” (Hr Bukhari dan Muslim).Eh Zai betullah.” Getus Min pada Zai. .
“Min tak silap aku kat situ ada komentar dari Al-Bani tau,cuba kau baca sebab aku rasa kalau ko baca syarah dia lagi ko jelas” Saran Zai pada Min sahabatnya.
“Aah ada…Al-bani menerangkan hadis ini,iaitu larangan menyelak lengan baju dan rambut agar tidak terjurai bukan sahaja ketika solat tetapi sebelum solat lalu ia melaksanakan solat.Dan menurut jumhur ulama ia termasuk dalam larangan dan dikuatkan oleh hadis nabi yang menyatakan bahawa orang yang solat tidak boleh menyelak rambutnya ketika sujud.”
“Wah..betullah kata Zai tadi.Eh Zai kat sini ada gak kata jika kita membiarkan rambut kita terjurai ketika sujud kita dapat gak pahala sujud tapi kalau kita ikat rambut kita bererti kita tidak sujud dan disamakan dengan orang yang tangganya dibelenggu sebab tidak dpat meletakkan kedua tangannya ketika sujud.Dan satu g ni ha!Nabi kata kalau kita ikat rambut nanti rambut yang kita ikat tu akan jadi tempat duduk syaitan”Jelas Min pada Zai. “Yeye je ko ni,takkan la jadi tempat duduk syaitan?” Soal Zai pada Min.“Betullah Zai hadis ini dari Abu Daud dan tarmidzi dan dihasankan oleh mereka dan hadis ini juga telah disahkan oleh Ibnu Kuzaimah dan Ibnu Hiban’’.Bagi Min,menerangkan darjat hadis itu kepada Zai adalah satu kewajiban sebab dia tahu Zai hanya menerima sesuatu hadis jika hadis itu darjatnya sahih dan perkara itu lumrah bagi mereka berdua yang mengambil jurusan Ilmu hadis di MMU.
setelah mereka berdua puas dengan jawapan terhadap persoalan yang timbul sebentar tadi, baru lah mereka berdua tenang dan dengan gembira nya mereka terus menuju ke Masjid untuk menunaikan solat Jumaat...... ..
Kesimpulan dari cerita ini.DILARANG UNTUK MENYELAK RAMBUT KETIKA SUJUD DAN DILARANG MENGIKAT RAMBUT KEBELAKANG KETIKA SOLAT (larangan mengikat rambut ini hanya bagi lelaki bukan perempuan ini berdasarkan pendapat Ibnu Al-Arabi yang diambil oeh Imam Syaukani).
Sekian~~~ |
|
|
|
meezwan
|
| Wed Jul 18, 2007 1:56 pm Re: kesalahan dalm solat |
|
|
syahman wrote:
“Tapi kan Min aku ada baca kat buku Sifat solat Nabi dan kitab Nailul Authar ,kat buku tu ada satu hadis yang tak silap aku Nabi melarang kita menyelak rambut ketika sujud. Macam ni la kau tunggu sini jap,aku pergi ambik kitab tu,kau boleh baca sendiri sebab aku pun tak pasti betul ke tak pa yang aku beritahu kau tadi.”jujur Zai.
Okey persoalannya kan Kitab apakah yang menjadi rujukan utama dulu? Adakah kitab tulisan manusia atau KAlamullah dahulu? Inilah manusia makin lupa kalau ada masalah kita suka rujuk kitab dahulu tak pernah nak rujuk AL-Quran.Adakah AQ tak lengkap? AN-Nisa' 59. |
|
|
|
syahman
|
| Thu Jul 19, 2007 11:08 am |
|
|
| thank atas teguran..sy ni masih byk yg jahil dan byk lagi perlu belajar... |
|
|
|
meezwan
|
| Thu Jul 19, 2007 7:19 pm |
|
|
| eh jangan terasa syahman..saya merujuk kat artikel tu je..peace!! V(*o*) |
|
|
|
syahman
|
| Fri Jul 20, 2007 12:59 pm |
|
|
| jgn risau..sy tak terasa pun.sy suka kalu org tegur kesalahan sy..masih byk yg perlu sy pelajari... :) |
|
|
|
meezwan
|
| Sat Jul 21, 2007 1:10 am |
|
|
| ooo ye ke?baguslah kalo macam tu =) |
|
|
|
khAINIza
|
| Sat Jul 21, 2007 4:44 pm |
|
|
Biase la tuh...tak de orang yg x penah wat silap.
Tu artikel, bukan syahman yang tulis...kita yang membaca pun tak boleh terima bulat2 apa yang ditulis...sbb tu kita belajar kena ada guru...tak boleh sekadar bacaan...mungkin apa yg kita faham lain dari maksud asal.
p/s:Saya pernah terjumpa satu artikel yang mengatakan Siti Khadijah berkahwin dengan Rasulullah bukan ketika Siti Khadijah berumur 40 tahun dan Rasulullah 25 tahun, sebaliknya mengatakan Siti Khadijah lebih muda atau sebaya (saya lupa) dengan Rasulullah...tapi saya susah nak percaya sbb apa yg kita tahu dari kecil Siti Khadijah lebih tua...kalau jumpa artikel tu, nnt saya post. Boleh kita berbincang. |
|
|
|
meezwan
|
| Mon Jul 23, 2007 9:37 am |
|
|
| Bagus jugak tuh..boleh kita bincang sama2. |
|
|
|
abe zek
|
| Tue Jul 24, 2007 5:56 pm |
|
|
| Abe zek merujuk kepada hadith yang telah disebutkan tadi “Aku diperintahkan untuk bersujud dengan tujuh anggota badan ,iaitu kening sekaligus hidung, dua tapak tangan dua lutut, jari-jari kedua kaki, dan kami tidak boleh menyelak lengan baju dan rambut” (Hr Bukhari dan Muslim). Rasanya kita tak boleh stop di sini mengenai perbincangan ini, mungkin perlu jelas mengenai pertelingkahan hadith yang bertaraf sahih ini dengan surah annisa' verse 59 tu. Lagipun kitab sifat solat nabi adalah kitab yang molek untuk dijadikan rujukan fiqh solat. Emmm nanti abe zek balik umah cek dulu malam ni... |
|
|
|
meezwan
|
| Tue Jul 24, 2007 7:38 pm |
|
|
| Bagus jugak kene pastikan betul..mcm mana nak pastikan hadith tu sahih atau tak?adakah kene tengok nama perawi tu?kalau ada yg tipu mcm mana? |
|
|
|
| |
|