 |
Wataniah Ex-Students Society Selamat Datang ke Forum WES
|
|
| Author |
Message |
khAINIza
|
| Fri Jun 29, 2007 11:46 am Wanita mesti 'KERAS HATI'! |
|
|
Artikel ni saya ambil dari majalah NUR keluaran Januari 2007. Saya tertarik dengan artikel berkaitan dengan wanita sekarang ni. Artikel ni dari ruangan PERSPEKTIF tulisan Mohd Izranuddin Jelani (izranuddin@karangkraf.com.my).
Quote: "SAYA MEMANG TIDAK GEMAR MELIHAT WANITA YANG TERLAMPAU MENGADA- NGADA ATAU ISTILAH KASARNYA ‘GEDIK’, ‘GETIK’, ‘GELETIS’ DAN ‘GELENYAR’. BUKAN KERANA JIWA SAYA KERAS TETAPI SAYA SUKAKAN WANITA YANG KUAT PENDIRIAN DAN CEKAL BERPEDOMAN"
Maknanya, wanita yang ingin mendampingi saya mestilah seorang yang tidak marah- marah jika hubungan yang terjalin ‘dingin’ dan tidak dihujani panggilan telefon setiap hari yang sekadar untuk bertanya ‘sudah makan atau belum’ dan ‘sihat atau tidak’.
Kehendak saya mungkin berbeza berbanding segelintir lelaki lain. Acap kali jika lalu di taman- taman bunga atau menonton filem, kadangkala saya naik rimas dengan pasangan yang manja berlebih- lebih. Si dara kalau tidak melentokkan kepala ke bahu si jejaka, bagaikan tidak sah. Malah ada yang sengaja membiarkan tangan si pria menyelongkar ‘lurah- lurah bahaya’ si hawa. Memalukan. Kurang ajar atau tidak di ajar? Kadang- kadang sudah diajar, tetapi sengaja tidak mahu belajar!
Kenapa saya agak konservatif dalam hal ini? Kerana saya sudah cukup tegar mempertahankan agama. Walaupun saya bukanlah termasuk dalam kategori sangat baik, tetapi dalam soal maruah diperkotak- katikkan hanya kerana istilah ‘sayang’, saya rasa itu sudah terkeluar daripada kehendak beragama. Islam tidak membenarkan perkara yang boleh mendekatkan diri dengan zina, maka mengapa anak muda sekarang tidak cakna untuk mempertahankan?
Sebelum ini saya pernah bercerita tentang adik perempuan saya yang sudah pun dipinang orang. Dapat orang Pahang yang pernah bekerja satu pasukan. Musim raya lepas, saya diberitahu bahawa tunangnya ingin membawanya ke Pahang untuk berjumpa bakal ibu bapa mertua. Kami sekeluarga termasuk ayah dan ibu melarang dengan alasan, tunang bukan lesen untuk bawa ke sana ke mari, apatah lagi ke tempat yang hampir 400 kilometer jauhnya. Saya cukup berjaga- jaga dalam hal seperti ini. Kalau sudah berkahwin, hendak buat apa sekalipun, buatlah, kerana semuanya sudah halal. Itu pun ada batas syarak dan bukan main langgar saja, seolah- olah dunia ini ‘ana yang punya’.
Tulisan saya ini mungkin agak keras tetapi saya cukup kesal apabila membaca berita dalam sebuah majalah paling laris di Malaysia. Ceritanya mengenai gejala sosial yang berlaku disebabkan cinta. Ada wanita yang sanggup berpaling bertukar agama semata- mata cinta. Mereka mentafsirkan cinta mengikut ukuran kepuasan dunia tetapi jangan lupa, kita akan berjumpa Pencipta suatu hari kelak dan harinya tetap akan tiba.
Berbalik kepada wanita ‘taste’ saya, saya ada alasan tersendiri. Bagi saya, wanita yang cekal hatinya lebih mudah menguruskan hidup walaupun sampai suatu masa, ditakdirkan jodoh tidak panjang. Semuanya dilakukan dengan tabah dan tidak mengharapkan bantuan bekas suami. Yang berlaku hari ini, kadangkala saya melihat jika berpisah sama ada hidup atau mati, si wanita bagaikan putus harapan tiada tempat bergantung. Rintihan masa depan dan hala tuju anak- anak diluahkan dalam media massa seolah- olah hanya lelaki sahaja yang boleh cari rezeki dan beli pakaian atau beri kehidupan selesa pada keluarga.
Pandangan saya cukup mudah. Saya tidak mahu wanita kalah dengan mainan cinta lelaki yang tidak adil, tidak telus malah suka mempermainkan wanita. Jika saya sendiri amat menghormati wanita, mengapa kaum wanita itu sendiri cukup mudah menjerumuskan diri dalam noda dan tidak menghormati diri sendiri? Entahlah… |
|
|
|
syahman
|
| Fri Jun 29, 2007 12:37 pm |
|
|
| betul.sy sokong tulisan tu.. |
|
|
|
meezwan
|
| Mon Jul 30, 2007 2:19 pm |
|
|
| Manusia mudah tergoda..dugaan datang dalam berbagai cara..yang tewas dengan jerat makhluk yg bertanduk tu abislah..hehe |
|
|
|
| |
|