Wataniah Ex-Students Society Forum Index Wataniah Ex-Students Society
Selamat Datang ke Forum WES
 

SMKA Wataniah juara Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan

 
       Wataniah Ex-Students Society Forum Index -> Info WES
Author Message
Webmaster



Fri Jun 13, 2008 2:01 pm   SMKA Wataniah juara Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan  

Sinar Harian, Khamis, 12 Jun 2008

MACHANG - Kebersihan dan keamanan yang dipamerkan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Wataniah ternyata membuahkan hasil apabila dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan Kelas Pertama di Malaysia (AKMP).

Anugerah ini disampaikan sebaik sahaja Ketua Sektor Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Ab Razak Mat Saat megadakan lawatan ke sekolah Kelantan pada 9 Jun lalu untuk meninjau suasana di sekolah.

Dalam lawatan tersebut beliau telah meninjau beberapa aspek yang menjadi teras kepada kecemerlangan sekolah berkenaan iaitu akademik, ko-kurikulum, keceriaan dan bina insan pelajar.

Menurutnya, semasa mengadakan pemeriksaan, beliau amat berpuas hati kerana sekolah itu mempunyai segala kriteria yang diinginkan pihaknya.

"Saya berharap warga sekolah ini terutama pihak pengurusan dan pentadbiran dapat memastikan kemenangannya dalam AKMP dapat dikekalkan," katanya.

Beliau juga melahirkan rasa bangga kerana SMKA Wataniah sudah mampu memartabatkan sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan yang bermisi menjelang 2010 sebagai sekolah terkenal serantau.

Sementara itu, Penolong Kanan Pentadbiran, Zakaria Jusoh berkata, untuk mencapai kejayaan seperti itu perlu ada rangkaian kerja yang baik dan berdisiplin dalam sesuatu organisasi.

"Jika tiada amalan itu, agak sukar bagi seseorang untuk meraih kejayaan," katanya.

Tambahnya, dalam usaha meraih kejayaan, kesabaran perlu tinggi bagi mendapatkan ganjaran setimpal.

"Kita juga perlu buat penambahbaikan dari satu aras ke satu aras sesuai dengan tuntutan Islam ke arah Islam Hadhari iaitu umat yang maju," ulasnya.
 
abe zek



Thu Jun 19, 2008 7:52 am    

Fuyoooooooo rase nak sebar je berita ni kat semua orang, dulu masa zaman abe zek asyik kena kutuk je sekolah kita, pastu kena banding-banding ngan sekolah-sekolah lain, sakit atiiii jerk dulu....
 
khAINIza



Tue Jul 01, 2008 7:25 pm    

dah lama tak menjejakkan kaki ke sekolah...huhuhu...rindunya...
 
 
       Wataniah Ex-Students Society Forum Index -> Info WES
Page 1 of 1


This page is a free forum hosting archive page from a ForumWise free forum.
Powered by phpBB ©